Latest News

Azwan Kombos Dedahkan Hefny Sahad Ada Hantar Mesej Mengorat Nad Zainal

Inilah yang dikatakan “best man win“. Tak boleh salahkan Hefny Sahad. Tak boleh salahkan Azwan Kombos. Dan yang pasti tak boleh salahkan Nad Zainal. Kalau memang ayat Hefny Sahad power tahap Gaban, pastinya hati wanita akan cair. Biasalah dalam percintaan, sedikit sebanyak cabaran akan wujud. Masa cabaran inilah akan menguji kesetiaan dan kedalaman rasa cinta seseorang. Amboi!!!
hefny sahad
Berkata kepada Mstar Online, kenyataan Azwan Kombos sedikit sebanyak mengesahkan yang Hefny Sahad adalah orang ketiga dalam percintaannya dengan Nad Zainal sebelum ini. Kata Azwan:-
Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak ‘try’ (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.
Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini.
Saya pernah tanya kepada Nad dan Hefny tentang sejauh manakah hubungan mereka namun kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain.
Tetapi bila mereka sudah mengesahkannya, maka tepatlah ramalan dan tekaan saya selama ini iaitu putusnya hubungan saya dengan Nad disebabkan kehadiran orang ketiga
hefny
Secara logiknya memang Hefny Sahad tak akan mengaku dirinya menjadi punca perpisahan Nad Zainal dan Azwan Kombos. Inilah yang dikatakan tak ada jodoh. Ada beberapa kawan Abang Nara, bercinta berpuluh tahun, tup-tup kahwin dengan orang lain jugak. Memang sudah tertulis. Nasihat Abang Nara kepada Azwan Kombos, kalau dah jumpa awek baru, terus masuk meminang dan kahwin. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama kena rampas lagi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.