Latest News

Hot FM Mohon Maaf Panggilan Hangit Nor Farhan

Tahukah anda sejak kebelakangan ini ramai pendengar radio Hot FM melahirkan rasa kecewa, bengang dan tidak puas hati terhadap panggilan hangit yang telah dilakukan kepada isteri pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Muhammad. Menariknya isteri Nor Farhan sepanjang menerima panggilan hangit tersebut ternyata tenang, tidak cuak dan tak marah-marah. Untunglah Nor Farhan dapat wife sebaik ini.
hotfm panggilan hangit nor farhan
Ramai yang menyatakan panggilan hangit tersebut melampau kerana seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Norfarhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.
Sehubungan dengan itu, Hot FM menerusi laman Facebook mereka telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan bahawa panggilan hangit itu adalah permintaan daripada Nor Farhan sendiri.
hotfm panggilan hangit nor farhan
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita. Nak buat gurauan sebegini memang boleh tapi kenalah tidak melampaui batas. Nasib baik isteri Nor Farhan tak percaya, kalau percaya memang berat jadinya. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.