Latest News

Mereka Berpisah Sebelum Saya Kenal Rapat Nedim – Nora Danish

Nora Danish pasti sedang bersedih sekarang ini. Mana tidaknya, mana-mana wanita yang digelar ‘perampas’ pasti akan berduka dengan gelaran tersebut. Agak pelik apabila Nora Danish dikatakan merampas Nedim Nazri dan menjadi punca perpisahan Nedim dan bekas isterinya kerana setahu Abang Nara, Nedim sudah lama bercerai sebelum menjadi ‘teman tapi mesra’ Nora Danish. Ada orang yang cemburu mungkin?
nora danish
Isu ini timbul apabila Nora Danish sering berkongsi gambar dirinya bersama anak Nedim Nazri. Sindiran demi sindiran diberikan antaranya Nora Danish berangan-angan ingin berkahwin dengan lelaki golongan VVIP. Malah di pelancaran filem lakonannya baru-baru ini, ada soalan yang kelihatan mahu melaga-lagakan telah diajukan oleh seorang wartawan sehingga memaksa Nora Danish membuat kenyataan di bawah.
nora danish
Bagi Nora Danish, dirinya gemar berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi menerusi Instagram dan tidak menyangka ia akan membuatkan orang lain terasa hati. Kata Nora Danish menerusi Mstar Online:-
Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah. Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim.
Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun. Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang.
Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain. Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang
nora danish
Hanya ada satu jalan penyelesaian kepada masalah, isu dan kontroversi ini. Kahwinlah cepat-cepat. Hehehe. Sweet kot anda berdua. Kalau kahwin, pasti akan direstui oleh semua peminat. Malah Abang Nara yakin ramai yang tak sabar nak melihat anda berdua di jinjang pelamin. Semoga cepat dan dipermudahkan urusan ini. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.