Latest News

Raja Azmi Tak Nafi Bertudung Kerana Mahu Berniaga

Abang Nara memang agak pelik apabila Raja Azmi mengumumkan dirinya sudah bertudung baru-baru ini. Bukan apa, tak sampai sehari dua bertudung, tup-tup pengarah ini dah ada rekaan tudungnya sendiri. Cepat sangat kan? Sampai ada yang berkata Raja Azmi tidak ikhlas bertudung untuk menutup aurat tetapi hanya mahu berniaga sahaja. Hmmm.
raja azmi bertudung
Namun tidak dinafikan Raja Azmi tampak lebih ayu, menawan dan berseri sejak memakai tudung ini. Mungkin kerana itu Raja Azmi kini memiliki jenama tudungnya sendiri yang diberi nama ‘Raja Azmi for Variante Hijab’. Menariknya, Raja Azmi tidak menafikan penghijrahannya itu adalah kerana mahu berniaga. Katanya menerusi Mstar Online.
Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu. Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring
raja azmi bertudung
Semoga niat Raja Azmi kerana mahu mengikut syariat Islam datang lebih awal daripada niat mahu berniaga. Apa pun yang penting, Raja Azmi dah pakai tudung dan dah tutup aurat. Niat sebenarnya, biar Allah sahaja yang tentukan. Semoga perniagaan tudung Raja Azmi akan maju dan akan mengalakkan lebih ramai wanita seusia dengannya untuk memakai tudung. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.