Latest News

Rintihan Hati Felixia Yeap

Sedihnya Abang Nara membaca luahan hati Felixia Yeap. Mana tidaknya, model popular ini sampai jatuh sakit kerana tertekan dengan komentar orang ramai yang mencela dirinya hanya kerana pernah bergambar seksi satu ketika dahulu. Malah di Facebook miliknya, ada beberapa pihak sengaja meng”LIKE” dan memberi komen di gambar-gambar seksinya seolah-olah sengaja mahu membuka sejarah lama Felixia Yeap. Memang kalau Abang Nara pun boleh jadi tertekan dibuatnya.
felixia yeapBakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan ini, Felixia Yeap telah pun menulis rintihan hatinya yang menggambarkan rasa kecewanya terhadap peminat-peminatnya yang beragama Islam. Nukilan tersebut bertajuk “Rintihan seorang bakal muallaf”. Berikut Abang Nara sertakan tulisan penuh Felixia Yeap:-
Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya
adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya
aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka
kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua
kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?
pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…
felixia yeap
Bersabarlah Felixia Yeap. Ini semua dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Sesungguhnya ujianNya hanya kepada mereka yang mampu menanggungnya. Jangan dilayan sangat kata-kata orang lain. Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. Semoga cepat-cepat memeluk Islam, berkahwin dan hidup bahagia di samping suami tercinta. Sama-samalah kita doakan. Kredit info Facebook Felixia Yeap.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.