Latest News

(TAHNIAH)Raja Azmi Kini Bertudung

Alhamdulillah. Pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung, kini Raja Azmi telah pun mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya. Cantik sungguh apabila Raja Azmi memakai tudung. Sedap mata memandang. Terserlah wajah penuh keibuan, ketenangan dan kecantikan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Azmi atas penghijrahan ini.
raja azmi bertudung
Menarik juga cerita penghijrahan Raja Azmi ini. Bagus untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua. Kata Raja Azmi menerusi Mstar Online:-
Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.
Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.
Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam
Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala
raja azmi bertudung
Suami dan anak-anak Raja Azmi ternyata gembira dengan perubahan ini. Abang Nara yakin para peminat Raja Azmi juga turut bergembira. Semoga Raja Azmi terus istiqamah menutup aurat. Tahniah diucapkan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.