Latest News

Bayaran Saya Hanyalah 10% Daripada RM100,000 – Harith Iskander

Harith Iskander bagi Abang Nara adalah salah seorang ‘stand up comedian’ terbaik Malaysia. Lawaknya memang kena dengan jiwa Abang Nara. Abang Nara pernah tengok Harith Iskander di Istana Budaya. Memang kelakar tahap tertinggi punya. Gelak tak berhenti. Walaupun ada sesetengah orang tak suka/tak faham dengan lawak Harith, bagi Abang Nara lawak Harith antara yang membuatkan kita berfikir.
harith iskanderJadi apabila apabila ada desas-desus bayaran untuk mendapatkan khidmat seorang pelawak mencecah RM100,000 untuk satu program raya dan nama Harith Iskander dikaitkan dengan desas-desas itu,  Abang Nara tak hairan. Kalau memang betul power, berbakat, lawak menjadi dan confirm ‘rating’ boleh meletop, apalah sangat RM100,000 tue kan? Namun jangan risau, harga untuk Harith Iskander sebenarnya hanya 10% sahaja daripada RM100,000. Kata Harith:-
Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau. Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal.
Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri. Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya
harith
Ala kalau RM100,000 pun apa salahnya kan? Kalau memang betul berbaloi, tak salah bayar tinggi-tinggi. Lagipun rasanya pelakon/penyanyi/pelawak di Malaysia ini dah lama sangat dibayar rendah. Mungkin sekali sekala kena demand dan naikkan harga. Tak gitu? Apa pun, kalau Abang Nara ada RM10,000 nanti, confirm nak panggil Harith untuk buat lawak di majlis hari jadi diri ini. Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.