Latest News

Hubungan Umie Aida & Suami Kembali Pulih

Alhamdulillah. Berkat bulan Ramadhan dan penghijrahan Umie Aida memakai hijab, khabarnya hubungan pelakon ini dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin telah kembali pulih. Sebelum ini desas-desus bertiup kencang yang mereka tidak lagi sehaluan dan telah berpisah bantal untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing. Namun menurut Metro Ahad semalam, hubungan mereka kini kembali terjalin setelah ditunjukkan jalan olehNya.
umie aida dan suami
Kelibat Umie dan suami telah kelihatan ketika menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Malah Umie juga dilihat telah mula berkongsi gambar dirinya bersama suami di media sosial. Sebelum ini memang tiada langsung gambar mereka berdua. Khabarnya juga mereka berdua akan terbang menunaikan umrah untuk melahirkan rasa syukur kerana hubungan telah kembali pulih seperti sediakala.
umie dan suami
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak biasa. Paling penting ialah kedua-dua pihak mesti melapangkan dada untuk berbincang segala masalah dengan terbuka. Jangan menyalahkan antara satu sama lain. Sama-samalah kita doakan agar hubungan Umie dan suami semakin mesra. Semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini. Amin
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.