Latest News

Izzue Islam Bergurau Tentang Mh17?




Di saat semua orang masih lagi terkejut mengenai insiden MH17, ada juga rupanya insan yang seakan-akan tidak sensitif dan menimbulkan sentimen yang boleh menghuru-harakan keadaan.
Mana taknya, seawal jam 6 pagi tadi kami menerima emel beserta screenshot bahawa pelakon kacak, Izzue Islam didakwa telah menimbulkan kemarahan netizens mengenai status di laman sosialnya yang berkaitan dengan MH17.
Hairan juga kami kerana mustahil Izzue akan bersikap sedemikian bukan? Jadi, kami pun terus menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.
Antara kritikan yang diterima oleh Izzue Islam

Status yang dimuat naik menerusi akaun IzzueIslamMY kira-kira 5 jam yang lalu itu mencadangkan supaya syarikat penerbangan tidak lagi menghidangkan minuman keras dan meminta agar pramugari menjaga aurat.

Namun selepas diselidik lebih lanjut, rupa-rupanya akaun tersebut merupakan akaun palsu. Untuk makluman anda semua, akaun Twitter original Izzue Islam ialah IzzueIslam.




Akaun Twitter original Izzue Islam

Ha…kan dah tak pasal-pasal Izzue jadi mangsa kritikan. Jadi lepas ni, semua peminat perlu lebih alertdengan akaun palsu selebriti ya. Jangan salah hentam lagi. So, dah boleh report akaun palsu itu ramai-ramai ya lepas ni!

Apapun, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tragedi MH17. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.