Latest News

Kereta Mpv Ning Baizura Hilang Di Hartamas



KUALA LUMPUR,  9 JULAI 2014:
 Pelakon dan penyanyi popular, Ning Baizura menerima dugaan besar  di bulan Ramadan ini apabila difahamkan dia telah kehilangan kereta jenis MPV di Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Murai Batu difahamkan, Kereta MPV itu adalah milik pengurusnya Aylwin Santiagoi, iaitu model Toyota Velfire yang berharga lebih RM300,000 dan mempunyai 7 tempat duduk derta buatan sepenuhnya dari negara Jepun.

Gambar kehilangan keretanya itu juga telah disebarkan  di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai platform kepada orang ramai sekiranya terjumpa,  boleh hubungi ditalian yang tertera.

Murai batu cuba nak dapatkan komen Ning mengenai kehilangan kereta ini namun atas sebab-sebab tertentu dia tidak mahu mengulas lanjut. Kemungkinan serahkan sahaja pihak berkuasa seperti polis menyiasat kes ini sehingga selesai.

Apa-apa pun, Murai Batu simpati dengan kehilangan kereta MPV itu dan diharapkan Ning Baizura bersabar dengan ujian ini. Murai Batu doakan agar kereta itu ditemui secepat yang mungkin. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.