Latest News

Nazrey Johari Raihan Kini Nyanyi Nasyid Di Bazar Ramadan!




KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2014: Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu. 

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. 

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda: 

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”




______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.