Latest News

Penamat Drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ Mengecewakan Para Penonton?

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan atau singkatannya KTAR sememangnya amat popular. Lakonan mantap Izreen Azminda dan Amar Baharin di dalam drama ini membuatkan ramai penonton beranggapan mereka benar-benar bercinta. Yang lebih mengkagumkan, walaupun ditayangkan di bulan Ramadhan, rating drama ini antara yang tertinggi pernah dicatatkan untuk TV3. Power sungguh!!!
penamat drama kerana terpaksa aku relakan
Diadaptasi daripada novel yang mempunyai tajuk sama, episod akhir KTAR telah pun ditayangkan Isnin lalu. Namun peminat-peminat drama ini kebanyakannya melahirkan rasa kecewa dengan cara drama itu ditamatkan. Bagi mereka, ia tergantung. Tidak sama dengan novel. Tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi terhadap Zen dan Indah. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan penamat tersebut di Facebook dan Twitter.
penamat drama kerana terpaksa aku relakan
Namun nampaknya peminat-peminat drama KTAR akan dihadiahkan ‘something special’. Kemungkinan besar ada sambungan untuk menamatkan penamat yang tergantung ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar Baharin sendiri. Mungkin masa Hari Raya nanti? Mungkin KTAR Edisi Raya? Siapa tahu kan?
penamat drama kerana terpaksa aku relakan
Tak silap Abang Nara Izreen Azminda pun ada menulis perkara yang sama. Ada kejutan untuk peminat-peminat drama KTAR ini. Sama-samalah kita nantikan. Adakah anda berpuas hati dengan adaptasi novel ke drama KTAR? Apa yang anda rasa boleh lagi diperbaiki? Kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.