Latest News

Penghijrahan Ini Ikhlas, Peribadi, Jujur Dan Rela – Neelofa

Perkhabaran penghijrahan Neelofa adalah berita yang paling menggemparkan dunia hiburan minggu ini. Tak ada angin tak ada bayu, tup-tup Neelofa kini sudah bertudung sepenuhnya. Kalau sebelum ini Neelofa sekadar berhijab ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, kini pelakon muda jelita ini akan bertudung sepanjang masa. Satu perubahan yang amat harus dipuji lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.
neelofa kini bertudungSeperti yang Abang Nara katakan sebelum ini, kesedaran selebriti wanita muda untuk menutup aurat semakin hari semakin tinggi. Nampak gaya boleh kira dengan jari sahaja mereka yang tidak bertudung. Semoga dengan memenuhi tuntutan syariat ini, kontroversi yang hadir dalam diri selebriti-selebriti ini juga turut sama berkurangan. Kata Neelofa menerusi Harian Metro mengenai penghijrahannya:-
Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.
Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.
Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya. Alhamdulillah pintu hati ini dibuka lebih awal buat saya. Insya Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru.
Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pemberi semangat buat saya. Saya sudah lama fikirkan untuk bertudung.
Sebab itu saya banyak hadir ke kelas-kelas agama, mengikuti kelas tafsir Al Quran dan banyak lagi kerana saya tidak mahu faktor sekeliling atau individu tertenu yang mengubah sebaliknya biarlah ilmu yang membawa saya kepada sebuah perubahan buat saya.
neelofa kini bertudung
Sesungguhnya Neelofa memang tampak lebih manis, jelita, menawan dan memukau apabila bertudung. Semoga perubahan ini berkekalan buat selama-lamanya. Tak kisahlah peminat sokong atau tidak, yang penting kita berubah keranaNya. Tak gitu? Tahniah Neelofa.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.