Latest News

Rozita Che Wan Penat Berlakon



Rozita Che Wan tubuhkan syarikat produksi pula.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan membuat keputusan ingin memperlahankan kerjaya lakonannya kerana ingin memberi fokus dengan syarikat produksi Padusi Picture Sdn Bhd yang baru ditubuhkan pada Mac lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga dan perniagaan barunya itu yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi yang juga merupakan pengurusnya sendiri iaitu Afeeq Abd Wahab.

"Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan.

"Alhamdulillah, setakat ini kami telah menerbitkan sebuah program memasak iaitu Resipi Memikat Suami (siaran Astro Ria) yang dikendalikan oleh Jihan Musa dan kami mendapat respons yang sangat bagus daripada penonton.

Program yang menampilkan pelbagai artis undangan di mana mereka akan memasak untuk makan malam buat pasangan mereka itu kini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6 petang.

Beritahu Rozita, kerana mendapat respons yang baik, syarikatnya telah diberi peluang oleh pihak Astro menerbitkan sebuah telefilem berjudul Sayang Waklu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.