Sedihnya apabila mendapat tahu salah seorang mangsa nahas MH17 ialah Shuba Jay, bekas peserta Mari Menari yang pernah ditayangkan di Astro. Shuba telah muncul di dalam rancangan tersebut bersama ayahnya. Selain menjadi peserta program tersebut, Shuba juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam Spanar Jaya, Tokak dan Gadis 3.
Tambah menyedihkan ialah suaminya, Paul dan anak perempuan, Kaela turut sama berada di dalam MH17 ketika nahas tersebut berlaku. Pasti ini satu kehilangan besar buat kedua-dua keluarga Shuba dan Paul. Shuba merupakan sahabat baik kepada Raja Ilya. Menurut Raja Ilya, Shuba seorang yang sangat baik dan sangat bersifat keibuan. Kata Raja Ilya:-
Susah nak cari kawan baik seperti Shuba. Dia juga mempunyai sifat keibuan dan menyayangi semua kawan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Saya berasa sedih dan terkilan kerana impian Shuba untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan dan kamera tidak kesampaian kerana dia sudah pergi meninggalkan kita selamnya.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment