Latest News

Awal Ashaari Terguris Ada Pihak Pertikai Nama Anaknya

Hati ayah mana yang tidak terguris apabila nama untuk anak kesayangan yang dipilih dipertikaikan oleh orang lain. Mengikut pengalaman Abang Nara, memilih nama bukan satu perkara yang mudah. Abang Nara dan isteri dulu siap buat senarai nama lagi. Bersengkang mata mencari maksud nama yang disukai di Internet. Tanya mak ayah, tanya orang tua. Tup-tup bila orang kata nama anak kita tak ‘best’, tak baik makna dan sebagainya, memang boleh terbakar jiwa raga.
awal dan scha lara babyMenamakan anak mereka ‘Lara’, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menerima kritikan daripada peminat yang menganggap nama tersebut membawa maksud kedukaan atau kesedihan seperti dalam penggunaan ‘duka lara’. Namun seperti yang telah dijangka oleh sesetengah pihak, pemilihan nama ‘Lara’ adalah bukan berdasarkan bahasa Melayu sebaliknya bahasa lain. Kata Awal:-
Itu adalah pilihan kami dan sudah tentu kami telah buat kajian sebelum memberikan nama tersebut dan ia membawa maksud yang baik dalam bahasa lain
Daripada bacaan Abang Nara, Lara di dalam bahasa Sepanyol membawa maksud ‘protection’. Orang Melayu terutamanya memang agak obses dengan menamakan anak dengan nama Arab/Melayu, namun sebenarnya nama dari mana-mana negara/bahasa boleh digunakan asalkan ia membawa maksud yang baik. Abang Nara percaya ada nama lain selain ‘Lara’ untuk anak Awal dan Scha ini. Sama-samalah kita nantikan pendedahan yang akan dilakukan oleh pasangan suami ini di laman sosial mereka, bukannya secara ekslusif di Astro atau mana-mana media lain bak kata Awal:-
Selain media cetak dan elektronik kami juga tidak memberi hak eksklusif itu kepada mana-mana stesen TV dan akan menggunakan media sosial kami untuk memperkenalkan wajah dan nama penuh Lara kepada peminat. Setakat ini kami tidak ada membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak dan lebih selesa dengan cara itu lebih adil kepada semua pihak.
lara scha
Diharap dengan penjelasan daripada Awal Ashaari ini, semua peminat akan berpuas hati dan menunggu detik mereka memperkenalkan Lara. Jangan paksa-paksa mereka. Nanti betul-betul dah bersedia, pasti kita akan dapat juga menatap wajah comel Lara. Apa pun, semoga Lara membesar dengan sihat sejahtera tanpa sebarang masalah. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.