Latest News

Bakal Kahwin Kerabat Diraja, Neelofa Enggan Komen

Amboi, amboi, amboi. Terkejut Abang Nara mendengar desas-desus ini. Mana tidaknya, Neelofa kini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan kerabat diraja dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Kerabat diraja yang mana satu, tidaklah pula diketahui. Rasanya baru sahaja Neelofa dan Hans Isaac putus cinta. Adakah Neelofa telah bertemu pengganti atau ini sekadar gosip sahaja?
neelofa kerabat diraja
Ditanya oleh Kosmo mengenai kebenaran khabar angin ini, Neelofa enggan memberikan sebarang komen. Kata Neelofa:-
Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang
neelofa kerabat diraja
Nampaknya Neelofa enggan mengesahkan atau menafikan desas-desus yang sedang hangat bertebaran ini. Apa pun, kalau betul, tahniah diucapkan. Kalau tak betul, sama-samalah kita doakan Neelofa akan bertemu jodoh secepat mungkin. Tak sabar nak tengok si cantik manis ini naik pelamin. Kan?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.