Latest News

Dazrin Dan Amyra Tidak Jadi Kahwin?

Kuala Lumpur: Kunjungan pelakon muda Amyra Rosli ke Balai Berita di sini, petang semalam yang disangkakan untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon Dazrin Kamarudin, Jumaat ini, meleset apabila perkara sebaliknya berlaku.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, yang ditemani ibunya, Noor Zaridah Ahmad berkata, majlis pernikahan yang dijadual berlangsung di Puchong, dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas sebab peribadi. 


“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

“Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi,” katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.

Pasangan yang menjalin hubungan sejak Februari tahun lalu itu mengikat pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama.


Mereka mula berkenalan sejak membintangi drama bersiri Jodoh. 

Sepanjang lebih setahun berkawan, hubungan pasangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang konflik. 

Bagaimanapun, Harian Metro pada 22 Julai lalu melaporkan, isu gambar mesra Dazrin dan pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran sebuah telefilem menimbulkan salah faham dalam kalangan banyak pihak. 

Ramona dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra yang dijadualkan bernikah Jumaat ini. 

Namun, Dazrin menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan. 

Amyra pula tidak memberikan sebarang respons dan mendiamkan diri. 

Bagaimanapun, sumber memberitahu pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.