Latest News

Noryn Aziz Dan Eja Saifuddin Kena Rompak


Kuala Lumpur: “Saya sudah masuk ke dalam (rumah) apabila tiba-tiba dengar jeritan Allahuakbar. Saya sangkakan kemalangan di depan rumah. Saya keluar rumah dan tengok kawan-kawan dikepung beberapa lelaki sedang mengacukan parang kepada mereka.”

Demikian cerita penyanyi Noryn Aziz mengenai pengalamannya menyaksikan tiga rakannya termasuk pelakon Eja Saifuddin dirompak empat lelaki berparang di depan rumahnya di Damansara Heights di sini, malam kelmarin.

Mengimbas semula detik cemas itu, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, 38, berkata, insiden yang mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000 itu berlaku dalam sekelip mata. 

“Bayangkan ketika kita buat majlis, mereka (perompak) berani buat perangai. Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas.

“Memang panik dan huru-hara jadinya. Mereka (kawan-kawan) semua meluru masuk semula ke dalam dan kami kunci pintu.

“Rupa-rupanya perompak itu sempat ikut dan gegar pintu rumah. Bila dah makin kecoh, mereka semua sempat lari,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam. 

Dalam kejadian sekitar 9.30 malam kelmarin, tiga rakan Noryn termasuk Eja atau Siti Shahrizah Saifuddin, 42, sedang berbual di depan pagar rumahnya sebelum berangkat pulang.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.