Latest News

Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Jadi Anak Angkat

Ya Allah. Terharu sangat-sangat Abang Nara dibuatnya. Mulia sungguh hati Rebecca Nur Islam dan suaminya. Apa tidaknya, 5 adik beradik yang secara tiba-tiba menjadi yatim piatu pada Mei lalu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka dalam satu kemalangan telah pun diambil menjadi anak angkat oleh Rebecca. Sesungguhnya ini adalah satu perbuatan yang amat baik dan harus dicontohi oleh kita semua.
rebecca nur islam
Kehilangan ibu bapa pada usia yang muda pastinya menjadi satu cabaran buat 5 adik beradik ini terutamanya kepada si anak sulung yang baru berusia 16 tahun. Dengan adanya Rebecca dan suami sebagai ibu bapa angkat, sekurang-kurangnya selain daripada bantuan kewangan, bantuan daripada segi emosi dan kasih sayang dapat diterima oleh mereka. Abang Nara terharu sungguh membaca kata-kata Rebecca mengenai keputusannya ini:-
Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.
Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de­ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka.
Saya nasihatkan dia (anak sulung), jika dia ingin memperoleh masa depan yang lebih baik dan terjamin, jangan berhenti sekolah kerana pelajaran saja yang dapat me­ngubah hidup mereka kerana takkan selama­nya mereka mesti bergantung harap kepada bantuan orang lain. Saya dan suami sedia membantu dari segi kewangan asalkan mereka mahu belajar.
Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya me­ngambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me­ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya
rebecca nur islam
Semoga apa yang dilakukan oleh Rebecca ini akan menjadi ikutan lebih ramai selebriti di luar sana terutamanya. Kalau ada rezeki yang lebih, apa salah kita kongsikan dengan mereka yang benar-benar memerlukan. Iye tak? Abang Nara yakin rezeki Rebecca sekeluarga pasti lebih murah selepas mengambil 5 adik beradik ini menjadi anak angkat. Tahniah Rebecca atas usaha anda. Respek!!! Sumber Harian Metro.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.