Latest News

Sharifah Sakinah Akui Bercinta Dengan Juruterbang Sejak Awal Tahun

Yeah~~ Ada sesiapa di sini yang menyimpan niat untuk mengorat Sharifah Sakinah? Bolehlah terus simpan niat anda itu dan buang ke dalam tong sampah. Ini kerana Sharifah Sakinah telah mengakui hatinya kini telah menjadi milik seorang juruterbang. Menariknya, mereka berdua telah menyulam cinta sejak awal tahun ini. Pergh~~ Hebat juga Sharifah Sakinah merahsiakan percintaan sehingga tidak dapat dihidu oleh para media.
kekasih sharifah sakinah
Sebelum ini Abang Nara telah berkongsi beberapa gambar Sharifah Sakinah dan kekasihnya itu untuk tatapan anda semua. Memang hensem dan macho juruterbang tersebut. Jambang smart mengalahkan Wak Doyok. Apa pun, Sharifah Sakinah enggan menggembar-gemburkan hubungan mereka berdua kerana menghormati privasi kekasihnya. Kata Sharifah Sakinah:-
Yelah. Memang bercinta dengan dia, cuma taknak kecoh-kecoh sangat. Saya malas nak kecoh-kecoh sebab dia tak suka sangat. Tapi sekarang orang dah mula bercakap, terpaksalah mengiyakan.
Cuma dia tak mahu terlalu mencanangkan hubungan ini demi privasinya dan tak nak orang meluat pulak. Saya tak ada masalah berkongsi cuma tak bolehlah terlalu banyak sebab dia tak nak diganggu atau disindir di tempat kerja.
sharifah sakinah
Baguslah tak canang-canang sangat. Yang penting kalau nak kahwin nanti, hebahkanlah kepada orang ramai. Jangan sorok-sorok pulak. Bercinta tak apa senyap-senyap. Semoga kebahagiaan yang dicari oleh Sharifah Sakinah ditemui dalam si juruterbang ini. Semoga percintaan anda akan berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.