Latest News

Ternyata Cinta Kami Masih Kuat – Adam

Semalam Abang Nara telah kongsikan berita gembira mengenai Adam dan Fiza yang telah pun rujuk kembali selepas penceraian mereka. Pasti semua pihak gembira dengan keputusan ini. Iyerlah, Adam pun dah baik sangat dengan anak-anak Fiza. Rasa rugi pulak jika perhubungan mereka berakhir dengan penceraian. Semoga kali ini kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua selamanya.
adam dan fiza elite
Berkata kepada BiPop semalam, Adam memaklumkan yang kekuatan cinta antaranya dan Fiza menjadi penyebab utama mereka rujuk kembali. Kata Adam:-
Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka dan masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadhan yang berkat.
Saya harap semua orang doakan yang terbaik agar perkahwinan kami kekal ke akhir hayat dan semoga dijauhkan daripada fitnah dunia.
Fiza juga meminta para peminat mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan. Kata Fiza:-
Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. Insya Allah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang akan jadi lebih baik lagi.
Harap perkahwinan kami kekal bahagia sampai ke syurga. Jika ada rezeki, kami ingin mengerjakan umrah bersama-sama, Insya Allah.
adam fiz
Insya Allah niat yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya. Semoga kali ini Adam dan Fiza dapat mengecapi erti perkahwinan yang sebenar. Kalau gaduh sikit-sikit tue biasalah. Kena banyak tolak ansur dan memahami. Sama-samalah kita doakan mereka berdua.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.