Latest News

Zoey Rahman Masih Dibayangi Imej Kanak-Kanak




Zoey kini lebih memilih watak bagi mengelak terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.


PETALING JAYA: Pelakon Zoey mengakui wajah keanak-anakkannya membataskan untuk dia mendapatkan kepercayaan pengarah dalam membawa watak-watak dewasa seiiring dengan umurnya yang kini sudah mencecah 29 tahun.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, perkara tersebut juga menyukarkan dia keluar daripada terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak.

"Saya akui kerana wajah saya ini saya sukar untuk mendapat watak-watak utama dan serius, hanya beberapa watak terutama pelajar sekolah yang sering ditawarkan kepada saya.

"Di luar masih ramai peminat kanak-kanak yang panggil saya abang Zoey, ia mungkin kerana program kanak-kanak yang saya hoskan sebelum ini membuatkan saya terus melekat dengan imej itu," katanya kepada mStar Online.


Zoey berharap terus diberi peluang membawa watak serius.



Di sebabkan perkara itu juga, Zoey berkata dia kini lebih memilih watak terutama dalam membuang imej kanak-kanak berkenaan selain lebih selesa dengan penampilan yang lebih dewasa berbanding dahulu.

"Saya memang akan fikir banyak kali kalau tawaran menjadikan saya sebagai budak sekolah, kalau boleh memang saya tidak mahu.

"Saya juga banyak mengubah penampilan kepada lebih dewasa dan tidak pakai baju-baju yang terlalu terang dan banyak warna," katanya.

Zoey mula dikenali menerusi bidang pengacaraan dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing yang pernah bersiaran di Astro Ceria.




Sementara itu, Zoey berkata, program Fear Factor yang disertai tahun lalu memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan melakukan aktiviti lasak.

"Selepas program Fear Factor saya dapat banyak tawaran berlakon yang membolehkan saya keluar daripada watak kanak-kanak. Program itu telah membuka mata pengarah bahawa saya sebenarnya seorang yang tahan lasak.

"Biarpun hanya sekadar menduduki tempat kedua dalam program itu, namun saya rasa bersyukur ia memberi impak besar dalam kerjaya saya sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Zoey bakal muncul dalam drama bersiri Plan B yang akan disiarkan di Slot Aksi pukul 10 malam di TV3 bermula pada 19 Ogos ini.

Drama arahan Fezor Kadir itu turut mebariskan pelakon seperti Shukri Yahaya, Talha Harith, Risteena, dan Beto Kusyairy.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.