Latest News

Chef Wan Sekat 10 Pengikut Instagram Sehari



Chef Wan minta pengikut Instagram hormat Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan dia telah menyekat 10 pengikut laman sosial Instagram miliknya sehari yang mengambil kesempatan menggunakan platform tersebut sebagai tempat berniaga.

Chef Wan, 56, berkata ia berikutan komen berunsur iklan dan tidak bersesuaian itu telah menganggu privasinya yang mahu berkomunikasi dengan pengikutnya.

"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.

"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Isnin.

Ketika ini Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @Chefwan58 mempunyai lebih 67,000 pengikut.

Terdahulu Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya telah menengur segelintir pengikut laman berkenan yang menjadikan akaun miliknya untuk memuat naik status perniagaan masing-masing.



Status di Instagram Chef Wan yang menegur pengikutnya.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.