Latest News

Dazrin Mahu Pikat Amyra Kembali,Nafi Bersikap Kaki Perempuan


DAZRIN akui hanya berlaku salah faham dan kesilapan kecil antara dirinya dan Amyra.


SELEPAS kira-kira sebulan berkurung dalam rumah ekoran perkahwinannya bersama tunang, Amyra Rosli tidak menjadi, akhirnya pelakon Dazrin Kamaruddin tampil menghadiri majlis hiburan.

Dazrin dan Amyra dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 8 Ogos lalu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Bangi, baru-baru ini, Dazrin mengakui berasa murung dan hilang akal apabila perkahwinannya bersama pelakon drama bersiri Jodoh itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Dazrin memberitahu, dia masih menyayangi Amyra dan sedang berusaha menawan kembali hati tunangnya itu.
Ironinya, ada dakwaan mengatakan, perkahwinan mereka batal disebabkan sikap kaki perempuan Dazrin dan juga fotonya bersama pelakon Ramona Zam Zam tersebar di laman sosial.

Ikuti temu bual bersama Dazrin selanjutnya.

Kosmo!: Bagaimanakah keadaan Dazrin selepas perkahwinan anda bersama Amyra dibatalkan?

DAZRIN: Selama sebulan saya jadi tidak betul dan termenung. Bayangkanlah, selama ini saya sentiasa bersama dengan dia ke mana sahaja. Namun, sekarang tidak lagi.

Apakah punca sebenarnya perkahwinan anda dan Amyra dibatalkan?

Sebenarnya benda yang terjadi antara saya dan dia hanya salah faham. Bagi saya ia hanya kesilapan kecil. Tetapi mungkin saya sahaja yang berasa begitu tetapi tidak pada dia. Saya rasa, sepatutnya dengan tempoh selama dua tahun setengah sebagai pasangan, ia tidak patut dibuang begitu sahaja (putus).

Adakah dakwaan yang mengatakan punca sebenar hubungan anda dan Amyra berantakan disebabkan gambar anda dan Ramona Zam Zam menghisap shisha tersebar?

Ramona hanya kawan baik saya. Saya mengenalinya terlebih dulu sebelum Amyra. Kalau saya mahukan dia sudah lama saya cuba. Orang tidak tahu perkara sebenar tetapi senang-senang buat cerita.

Malah, ada juga dakwaan yang mengatakan anda ini kaki perempuan. Komen?

Kalau orang kenal saya mereka tidak akan cakap macam itu. Saya mengakui seorang lelaki yang mudah mesra. Tetapi tidaklah sampai hendak mengambil kesempatan pula. Apabila bekerja, saya akan bersikap profesional.

Adakah anda masih menyayangi Amyra?

Ya. Saya masih menyayangi dan berusaha untuk menawan kembali hatinya. Saya tidak mahu buang masa mengenali orang baharu dan juga mengenali keluarganya. Namun, dengan keluarga Amyra, saya sudah kenal.

Apakah usaha-usaha anda untuk menawan hati Amyra?

Macam-macam usaha saya sudah lakukan. Tetapi benda ini peribadi. Jadi, tidak perlu untuk saya kongsikan. Bagaimanapun, saya akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan Amyra kembali. Usaha saya tidak akan putus sampai bila-bila melainkan memang hubungan kami sudah tidak dapat diselamatkan. Selagi saya rasa masih ada ruang atau peluang untuk kami kembali bersama, saya akan berusaha. Saya tak kisah jika ada yang cakap, saya ini memalukan diri kerana mengejar dia.

Berapa nilai kerugian yang terpaksa ditanggung disebabkan pembatalan perkahwinan anda?

Biarlah ia menjadi peribadi saya. Apa yang saya boleh kongsikan ialah semuanya sudah siap. Kad kahwin juga sebahagiannya sudah diedarkan. Tambahan pula, perkahwinan itu dibatalkan 15 hari sebelum tarikh perkahwinan kami. Disebabkan itu juga, saya tidak sanggup berhadapan dengan orang ramai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.