Segelintir rakyat Malaysia ini semua benda pun nak dibayangkan benda bukan-bukan. Abang Nara tengok gambar Siti Saleha di bawah tak adalah pulak nak fikir yang bukan-bukan. Biasalah hanya seorang gadis duduk di atas batang kayu yang berada di tepi pantai di Pulau Tioman. Masalahnya boleh pulak hanya kerana gambar sebegini komen-komen lucah yang tidak masuk akal diterima oleh Siti Saleha. Sedih sungguh.
Orang seni memang ada nilai artistik mereka yang tersendiri. Namun mungkin interpetrasi setiap manusia yang berbeza menyebabkan timbulnya komen-komen kurang menyenangkan. Kata Siti Saleha menerusiMstar Online:-
Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik. Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial. Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka
No comments:
Post a Comment