Latest News

Lisa Surihani Pernah Keguguran?

Menimang cahaya mata adalah satu perkara yang paling dinanti-nanti oleh mana-mana pasangan suami isteri. Berkahwin pada Februari 2012, sehingga ke hari ini pasangan Lisa Surihani dan Yusry masih belum diberi khabar gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Malah Lisa sebelum ini mengakui berkecil hati kerana sering diasak mengenai kehamilan oleh para media dan juga peminat. Sedikit sebanyak pastinya Lisa tertekan sering diaju soalan yang serupa oleh orang ramai.
lisa surihani keguguran
Menerusi Kosmo semalam, Lisa Surihani dikatakan pernah mengalami keguguran beberapa bulan yang lalu. Tidak diketahui kesahihan informasi ini, namun jika benar, ia adalah satu dugaan yang amat hebat buat Lisa dan Yusri. Berikut adalah sedikit petikan daripada Kosmo:-
Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu
lisa surihani
Insya Allah suatu hari nanti pasti Lisa dan Yusry akan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Jika benar pernah mengalami keguguran, salam takziah Abang Nara ucapkan. Semoga tabah dengan dugaan tersebut. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan. Kita selaku peminat juga boleh turut sama mendoakan mereka berdua. Semoga ada berita baik dalam masa terdekat ini. Amin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.