Latest News

Mawar Pakai Jersi Ketat, Fizo Omar Diselar




Setiap manusia tidak sempurna dan akan sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri kan? Itulah persepsi pertama saya apabila membaca lambakan kritikan yang diterima oleh Fizo Omar.

Ha.. kali ini bukan pasal tudung Fareeda lagi dah. Tapi lebih kepada kutukan yang dilemparkan kepada isterinya, Mawar dek kerana menyarung jersi sebuah pasukan bola yang dikatakan agak ketat pada pandangan orang ramai.

Foto tersebut mula mendapat perhatian para netizen apabila ia dijadikan sebagai profile picture di Facebook Fizo, lantas mengundang perbalahan di kalangan mereka.



Foto ‘panas’ Fizo Omar dan Mawar


Kebanyakan mereka dilihat menyalahkan Fizo yang dikatakan tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk menjaga aurat isterinya.
Malah, ada juga yang mempersoalkan lambang salib yang berada di logo pasukan bola berkenaan dan dikatakan tidak patut disarungkan oleh umat Islam.




Bagaimanapun, masih ada yang simpati dengan Fizo dan mengeluarkan kata-kata yang berunsur nasihat kepada pasangan itu supaya perbalahan itu menjadi reda.
Macam saya cakap tadi lah. Manusia ni penuh dengan khilaf. Mungkin bila dah dapat banyak kritikan macam ni, Fizo dan Mawar akan jadi lebih alert lepas ni. Tegur menegur tu bagus, tapi janganlah sampai menyumbang aib pula ya!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.