Latest News

Perempuan Gila Mana Mahukan Saya? – Awie

Alalala abang Awie. Janganlah cakap macam ini. Abang Awie hensem, gagah, kacak, perkasa dan macho. Pasti banyak perempuan di luar sana yang mahu berkongsi kasih sayang dengan abang Awie. Jangan sedih-sedih. Orang kata, petik satu jari, sepuluh yang datang. Mesti ramai yang terpikat lebih-lebih lagi kalau Awie membuka mulut mendendangkan lagu untuk para perempuan di luar sana.
awieNamun bak kata Awie sendiri, kes di mahkamah pun belum selesai, jadi masih belum tiba masa untuk berfikir tentang perempuan lain atau berkahwin sekali lagi. Kata Awie:-
Saya tak boleh tipu diri saya dan saya memang memerlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.
Tapi, perempuan gila mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ke dia sayang saya dan sayang lima anak. Mampu ke dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar? Bagaimanapun saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum,
Abang Nara tertarik dengan kata-kata Awie yang memaklumkan anak-anaknya menangis apabila mengetahui hak penjagaannya dibatalkan baru-baru ini. Kata Awie:-
Mereka selesa hidup bersama saya kini dan bila dapat tahu mengenai hal itu, mereka menangis. Apa pun selepas ini, saya akan mempertahankan dan memastikan mereka bersama saya.
Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. Insya-Allah saya ada perancangan-perancangan untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak
awie
Sabarlah Awie. Kalau kita berada di pihak yang benar, pasti akan menang jua. Kesabaran amat penting dalam menangani hal sebegini. Banyakkan berdoa. Semoga anak-anak anda turut tabah menghadapi cabaran yang amat besar ini. Sumber Sinar Harian
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.