Latest News

Rumahtangga Selebriti Wanita Kini Goyah?



Sedang kami melepak menenangkan fikiran malam semalam sambil bersembang dalam group whatsApp, tiba-tiba timbul pula cerita mengenai seorang selebriti wanita ni.
Ala.. dia ni memang orang lama dalam industri kita. Dia pernah melalui zaman kegemilangan dalam kariernya namun kini dia dilihat agak slow down dek kerana kebanjiran bakat-bakat baru. Tapi, kalau sebut nama, pasti semua orang tahu.

Menurut sumber-sumber tersebut, rumahtangga selebriti ini dikatakan sedang goyah. Kami pun taklah nak percaya seratus peratus, tapi ada juga point yang agak tepat berdasarkan fakta yang diberikan oleh sumber-sumber ini tadi.

Macam ni ceritanya, dulu masa baru-baru berkahwin, kira-kira pada penghujung tahun lalu, kerap juga selebriti ini memuat naik foto mesra bersama suaminya yang macho tu.

Maka, ramailah yang memuji keserasian mereka berdua walaupun pada awalnya selebriti ini bersikap agak ‘tertutup’ mengenai si suami.

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber tersebut, sejak beberapa bulan yang lalu, tiada langsung foto suaminya dimuat naik sehingga membuatkan para peminatnya tertanya-tanya.

Malah, mereka juga memberitahu bahawa sejak akhir-akhir ini dia sering mengeluarkan perkataan-perkataan seperti seseorang yang broken- hearted di laman sosialnya.

Bila kami buat tinjauan sedikit, memang betullah apa yang dimaklumkan oleh sumber-sumber bahawa selebriti itu kini seakan-akan bergerak secara sendirian.

Mungkin dek kerana pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata lagi, maka si selebriti ini memang nampak macam orang bujang baliklah.

Hurm..kami pun tak beranilah nak komen lebih-lebih. Mungkin si suami selebriti ini mahu kembali menjadi eksklusif daripada lensa kamera. Yelah, tak semua orang sukakan attention yang berlebihan kan?

Apapun, kami doakan agar pasangan yang sweet ini tabah menjalani kehidupan berumahtangga dan semoga kekal bersama sehingga ke akhir hayat.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.