Secara jujur, kalau Abang Nara jadi Mejar (K) David Teo memang dah lama ambil tindakan mahkamah terhadap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Iyerlah, sudahlah buat hal dengan kahwin secara rahsia, selepas itu boleh tuduh MIG curi kereta yang sememangnya didaftarkan atas nama syarikat. Namun David Teo memang tenang orangnya.Tak ada nak kecoh-kecoh sebaliknya hanya berharap kedua-dua bekas anak didiknya ini hadir ke pejabat dan berbincang secara ikhlas. Respek!!!
Bak kata Abang Nara sebelum ini, kalau buat kecoh di laman sosial pun tak ada gunanya. Baiklah Aeril dan Wawa luangkan masa sekejap dan pergi bertemu David Teo. Bincang apa masalah sebenarnya. Pihak MIG pun dah tunjukkan geran kereta dan memang betul kereta tersebut adalah milik syarikat. Menariknya lagi ketika kereta tersebut ditemui oleh pegawai, didapati ada baju dalam milik Aeril dan Wawa sedangkan ketika itu mereka berdua belum berkahwin lagi. Hmmmmm.
Abang Nara suka membaca kata-kata yang diluahkan oleh David Teo ini. Nampak jelas ketenangannya ketika menghadapi kemelut ini. Kata David Teo:-
Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya.Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami.Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment