Latest News

Sherry Ibrahim Akui Rapat Dengan Fattah Amin




Setelah hubungannya dengan seorang jejaka dari Mauritius tidak kesampaian, Syarizad Ibrahim atau lebih popular dengan nama Sherry Ibrahim mengakui kini sedang mengenali hati budi pelakon baru, Fattah Amin. Ketika dihubungi GUA, pelakon drama ‘Teduhan Kasih’ ini telah mengesahkan sendiri perkhabaran bahawa mereka kini sedang berkawan rapat.

“Kami mula rapat ketika sama-sama menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah yang bakal bersiaran pada 8 September ini. Pada mulanya kami tidak begitu bercakap namun ketika penghujung penggambaran, kami mula rapat antara satu sama lain.


Pada mulanya saya hanya fokus pada kerja saja, namun secara tiba-tiba saja kami mulai rapat. Apa yang boleh saya katakan adalah kami memang rapat dan saya selesa berkawan dengannya walaupun dia lebih muda daripada saya,” ujar Sherry ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, pernah juga terlintas dibenaknya tentang isu yang mana Fattah lebih muda daripadanya. Namun, Sherry enggan terlalu memikirkan perkara tersebut kerana baginya pelakon yang mula dikenali menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ itu jauh lebih matang daripada usianya dan mempunyai pekerti yang baik.

“Dia merupakan anak sulung dalam adik beradiknya yang mana fikirannya lebih matang daripada usianya. Dia mempunyai misi dalam hidup untuk dicapai dan begitu juga dengan saya, jadi kami sama-sama menyokong perjalanan kerjaya satu sama lain.


Namun, hubungan kami masih lagi baru kerana itulah saya enggan menghebahkan perkara ini. Malah tidak manis terlalu banyak dijawab hanya sebelah pihak sahaja. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini kami selesa berkawan rapat serta mengenali peribadi satu sama lain terlebih dahulu,” ujar Sherry.

Dalam perkembangan terkini, Sherry baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri, ‘Cinta Ibadah’ untuk saluran Astro Prima. Menerusi drama ini, Sherry memegang watak sebagai seorang doktor yang merupakan doktor kepada isteri bekas kekasihnya.

Selain itu, Sherry juga bakal tampil dengan sebuah perniagaan yang belum boleh diumumkan lagi. Dalam nada teruja, Sherry berharap agar perniagaan yang bakal dilancarkannya itu mendapat sokongan semua pihak.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.