Latest News

Shuib Risau Isteri Cemburu Dengan Zarina Anjolie


PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu)  tidak memberitahu isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang adegan intimnya bersama aktres kontroversi Zarina Anjolie yang dilakonkan dalam filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, berkata, dia enggan bercerita tentang babak tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan isterinya.

"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjolie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut, di pawagam Cathay Cineplex e@curve di sini, malam Selasa lalu.

Antara babak antara Shuib dan Zarina Anjolie.
Dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut ada beberapa babak intim apabila Shuib yang memegang watak Luqman digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Tambah Shuib, sebagai seorang pelakon dia bersedia untuk melakonkan babak yang diminta oleh pengarah secara profesional.

Saya bukan berlakon berdua sahaja, ada puluhan krew yang menyaksikan lakonan kami dan sebagai pelakon ia adalah tanggungjawab saya untuk buat apa yang diminta oleh pengarah.

"Pada asalnya memang saya rasa agak malu dan takut, saya dah bagi tahu apa akibat yang terjadi tentang babak itu nanti abang Mamat akan tanggung," ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Shuib mengakui pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid, dia agak tertekan sepanjang pengambaran dilakukan.

Katanya, sebagai pelawak agak sukar untuk dia memberi lakonan secara serius seperti yang diinginkan oleh pengarah tersebut.

"Saya rasa terseksa dan setiap hari takut untuk pergi lokasi kerana selalu kena marah dengan abang Mamat.

"Saya bukan pandai sangat berlakon, kalau setakat berlakon dan buat lawak itu boleh tetapi filem ini memerlukan saya berlakon jadi orang lain," ujarnya.

Mamat Khalid memberi arahan ketika penggambaran Amir & Luqman Pergi Ke Laut.

Bagaimanapun, Shuib berkata, dia berpuas hati dengan hasil lakonannya dalam filem tersebut. 

Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak.

Sementara itu, Mamat Khalid berkata, penghasilan filem tersebut adalah melalui pemerhatiannya kepada filem gengster di Malaysia.

Katanya, filem ini mempunyai kritikan sosial yang tajam kepada masyarakat yang sering menganggap kehidupan gengster sebagai sesuatu yang indah seperti digambarkan dalam filem.

"Penonton Malaysia banyak didedahkan dengan cerita-cerita gengster tidak kira tempatan dan antarabangsa. Namun begitu, filem ini mendedahkan di sebalik dunia gengster tersebut apa yang mereka perlu hadapi.

"Watak dalam filem ini adalah berdasarkan kumpulan gangster yang pernah saya tahu di Ipoh dan latar tempat pun kebanyakan saya lakukan di Ipoh juga," katanya.

Filem ini berkisarkan tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil kerana perlu membayar RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mereka sering kali gagal kerana sifat mereka yang lurus bendul, malah tidak tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Filem terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 September ini.  

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.