Besar sungguh dugaan yang melanda Shaheizy Sam di kala hari jadinya yang ke 32 ini. Hari ini 4 September adalah hari kelahiran pelakon hebat ini. Malangnya Shaheizy Sam dijangkiti demam denggi dan terpaksa menyambut hari penuh makna ini di atas katil hospital. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Semoga Shaheizy Sam tabah.
Demam denggi sekarang ini di Malaysia menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Kita semua kenalah berhati-hati. Kalau ada tanda-tanda seperti demam panas dan sakit-sakit sendi, segeralah ke hospital. Namun kalau sudah terkena demam denggi, mungkin boleh cuba memakan sup ketam dan pelbagai lagi tips yang boleh didapati di laman sosial.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment