Latest News

Wawa Tersingkir, Gandingan Zizan Razak & Faizal Ismail Menjadi #AF2014

Akhirnya penyingkiran yang ditakuti oleh kesemua pelajar Akademi Fantasia 2014 telah pun bermula semalam. Konsert kedua program realiti ini menyaksikan Wawa atau nama penuhnya Walfadhilah Suhaizat, 19 tahun menjadi peserta pertama terkeluar. Wawa telah menyanyikan lagu Wajah Kekasih dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Secara jujur, memang prestasi Wawa semalam kurang memberangsangkan.
wawa af2014
Konsert semalam juga menyaksikan gandingan Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pengacara buat pertama kali. Boleh tahan juga keserasian mereka. Lawak-lawak yang dibuat memang menjadi. Walaupun sebelum ini ramai yang berpendapat Jihan wajar dikekalkan sebagai pengacara, namun nampak gayanya Faizal Ismail telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Tahniah diucapkan.
wawa af2014
Sepanjang Abang Nara menonton Akademi Fantasia 2014 semalam, masih tak nampak mana-mana pelajar yang mempunyai aura seorang juara. Itu perkara biasa kerana baru minggu kedua. Diharap minggu ketiga kelak akan muncul 2,3 orang pelajar yang akan memberikan persembahan memukau. Setakat ini, pelajar lelaki iaitu Azwan Satar dilihat mendahului carta undian. Sama-samalah kita nantikan siapa yang bakal tersingkir minggu hadapan. Apa kata anda?______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.