Latest News

Zahida Rafik Beli Rumah Di London?

November tahun lalu, Zahida Rafik telah membuat pengakuan bakal mengakhiri zaman gadisnya pada tahun 2014 dengan seorang ahli perniagaan yang telah dikenali selama 8 tahun. Walaupun tahun 2014 sudah pun tiba ke bulan September, masih tiada lagi ura-ura mengenai perkahwinan yang dirancang. Adakah Zahida Rafik sudah putus dengan kekasih hati? Atau majlis tersebut bakal diadakan pada hujung tahun ini?
zahida rafikTambah menarik apabila membaca BiPop semalam (tulisan Raja Nurfatimah yang merupakan penulis feveret Abang Nara), Zahida Rafik dikatakan telah membeli sebuah rumah di tengah kota London berdekatan dengan Oxford Street. Harga rumah yang dibeli didakwa mencecah jutaan ringgit kerana kedudukan Oxford Street yang merupakan syurga membeli-belah. Fuh~~ Kagum Abang Nara. Bukan calang-calang orang boleh beli rumah di London. Abang Nara nak beli rumah kat Kuala Lumpur pun menggigil tangan.
zahida rafik
Seperti yang kita ketahui, Zahida Rafik telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Jadi tak mustahil untuk Zahida membeli rumah yang diinginkan. Ala lagi pun rumah kan aset. Simpan lama-lama nanti naik lagi harga. Pelaburan jangka masa panjang tue. Menariknya lagi Zahida juga dikatakan telah mempunyai sebuah rumah banglo 3 tingkat di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang. Fuh~~~
zahida rafik
Semoga kejayaan Zahida Rafik ini akan menjadi pembakar semangat buat kita semua. Tahniah diucapkan kepada Zahida sekiranya desas-desus ini benar. Lagi beberapa gambar Zahida Rafik dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zahida rafik
zahida rafik
zahida rafik
zahida rafik
zahida rafik
zahida rafik
zahida rafik
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.