Latest News

Ada 29 Adegan Berunsur Fitnah Terhadap Allahyarham AR Tompel – Adlin Aman Ramli

Wow. Banyaknya. Abang Nara ingatkan satu atau dua sahaja adegan yang tidak betul mengenai Allahyarham AR Tompel dalam telefilem Saloma, rupa-rupanya ada 29 kesemuanya. Patutlah Adlin Aman Ramlie, ahli keluarga serta para waris Allahyarham tidak berpuas hati. Kalau setakat satu dua adegan mungkin boleh tutup sebelah mata, tapi kalau dah sampai 29 adegan memang nak tak nak kenalah bangkit pertahankan Allahyarham.
adlin aman ramlie
Bercakap di sidang media semalam, Adlin memaklumkan antara adegan yang tidak betul adalah ketika penceritaan yang menunjukkan seolah-olah Tompel menjadi punca Saloma menderita terutama menerusi babak yang menunjukkan Saloma terpaksa keluar rumah dengan keadaan sarat mengandung kerana Tompel tidak membayar sewa rumah. Kata Adlin:-
Ini menunjukkan Allahyarham langsung tidak bertanggungjawab. Cara terjemahan visual pada babak Tompel menghembus asap rokok pada Saloma juga tidak patut dipaparkan kerana ia dilihat seperti Saloma ‘diguna-guna’ Allahyarham.
Berdasarkan penelitian saya, ada 29 babak dan perkara dari segi konteks penulisan dan pengarahan berunsur prejudis, fakta yang tidak pasti kesahihannya, tohmahan dan fitnah terhadap arwah bapa saya dipaparkan dalam telefilem itu.
Ia sangat menyinggung perasaan kami sebagai anak-anak dan waris arwah. Sekaligus ia juga memberi impak psikologi kepada kami. Jadi kami bertegas mahu pihak Astro menghentikan tayangan telefilem itu.
Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa AR Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan beliau tak ada reputasi, bukan beliau tak diiktiraf. Allahyarham juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air.
Apa yang kami kesalkan, keadaan yang berlaku sekarang. Betapa tidak bermoral, tak bertanggungjawab dan tak berakidahnya mereka. Dalam 29 adegan yang telah saya teliti itu, ada niat tersirat dari segi aspek penulisan skrip, dari segi pengarah dan bagaimana mereka potreykan subjek (iaitu AR Tompel) dan terjemahkan kepada bentuk gambar hanya berdasar sumber tunggal
adlin aman ramlie
Apa pun waris Allahyarham AR Tompel tidaklah mahu perkara ini sampai ke tahap saman menyaman. Mereka cuma mahu ia diselesaikan secara baik. Abang Nara yakin pasti ada jalan penyelesaian antara mereka dan Astro yang boleh dicapai kelak. Buat masa ini, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham AR Tompel. Sumber Harian Metro dan MalaysianDigest.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.