Latest News

Artis Bermasalah & Peminat Tak Suka Boleh Jejaskan Rating – Ahmad Izham Omar

Nampaknya harapan Hanez Suraya untuk kembali beraksi di stesen televisyen semakin pudar. Seperti yang pernah Abang Nara kongsikan sebelum ini, nama Hanez Suraya kini termasuk dalam senarai ‘blacklist’ dan akan ditolak oleh stesen televisyen sekiranya dicadangkan oleh penerbit drama. Walaupun telah membuat rayuan yang sungguh pilu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar telah memaklumkan yang Rangkaian Televisyen Media Prima  memutuskan tidak menawarkan artis berkontroversi seperti Hanez berlakon bawah produk stesen televisyen itu.
hanez suraya ahmad izham omar
Menurut Ahmad Izham, keputusan itu diambil kerana penglibatan artis berkontroversi ini boleh menjejaskan rating dan sekaligus menyebabkan pihak Media Prima sukar mendapat iklan. Kata Ahmad Izham:-
Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen ‘hidup’ berdasarkan iklan. Sekiranya seseorang artis itu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara itu berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan
hanez suraya ahmad izham omar
Nampak gayanya Hanez dan artis-artis bermasalah yang lain kenalah tunggu masyarakat benar-benar melupakan kontroversi yang pernah melanda mereka sebelum kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan. Buat sementara waktu, kenalah cari kerja lain. Berniaga ke, jual produk kecantikan ke. Macam-macam yang boleh dibuat sekarang ini. Semoga artis-artis bermasalah ini akan dapat kembali berlakon secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.