Latest News

Azwan Kombos Sedia Terima Nad Zainal Kembali

Amboi, amboi, amboi. Pantas sungguh Azwan Kombos melahirkan kesudiannya untuk menerima kembali bekas kekasih, Nad Zainal. Seperti yang anda ketahui, Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad. Nampaknya Azwan Kombos masih belum mampu melupakan Nad dan sudi untuk memadu cinta sekali lagi bersama pelakon comel tersebut. Iyerlah, bercinta dekat 5 tahun dulu, takkan boleh lupa sekelip mata kan?
nad zainal azwan kombos
Kata Azwan Kombos:-
Sewaktu bersama saya dahulu pun hubungan kami tidak berjaya dan hubungannya dengan kekasih baharu juga tidak ke mana. Mungkin dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya.
Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu. Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu…
azwan kombos
Buat Azwan Kombos, jangan berhenti berharap. Kalau sudah tertulis memang jodoh anda dengan Nad Zainal, pasti akan berkahwin jua. Sambil-sambil tue jangan lupa mesej-mesej Nad untuk tunjuk yang anda ambil berat. Untung-untung hati Nad Zainal akan terbuka untuk menerima anda kembali. Good luck and all the best. Sumber Sinar Harian.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.