Latest News

Memey Suhaiza Tak Cemburu Mesej Norman & Abby Abadi

Respek!!! Inilah ciri-ciri seorang isteri solehah. Begitu memahami, tidak melatah, tak serkap jarang dan paling penting, memberi kepercayaan kepada sang suami. Kalau isteri-isteri lain mesti dah melatah apabila mengetahui si suami menghantar mesej kepada bekas isteri, namun Memey Suhaiza tidak langsung cemburu mengenai mesej Norman Hakim kepada Abby Abadi.
memey suhaizaSedang hamil anak kedua, Memey Suhaiza memaklumkan yang Norman tidak pernah berahsia dan sentiasa berkongsi mesej yang dihantarnya kepada Abby Abadi. Ini satu lagi ciri-ciri suami yang bagus. Kalau tak buat salah, buat apa nak sorok-sorok. Tunjukkan pada si isteri agar tak ada salah sangka yang berlaku di masa hadapan. Kata Memey:-
Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.
Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut.
Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.
Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya.
memey
Abang Nara serius menghormati dan mengkagumi hubungan antara Memey, Abby dan Norman. Sesungguhnya mereka menunjukkan contoh yang amat baik sekali kepada kita semua. Saling bantu membantu, saling memberikan kata semangat dan saling mempercayai. Semoga akan lebih ramai orang bersikap sebegini kelak. Tahniah buat anda bertiga. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.