Sehebat mana pun seorang lelaki itu, kesabarannya pasti ada had. Akhirnya kerana tidak mampu bersabar dengan apa yang dimaklumkan oleh Rita Rudaini menerusi media, Aidil Zafuan telah tampil menerusi akaun Instagram untuk membidas segala kenyataan bekas isterinya itu. Antara yang ditunjukkan oleh Aidil ialah sms-sms yang dihantar olehnya yang tidak langsung mendapat balasan daripada Rita. Agak sedih juga kerana ia adalah sms mengenai anak-anak mereka.
Selain itu, Aidil juga menunjukkan bukti pembayaran nafkah terhadap anak-anaknya untuk bulan ini yang berjumlah RM2,000. Pembayaran tersebut telah dilakukan secara online menerusi Maybank2u terus ke akaun Rita Rudaini. Membaca kata-kata yang ditulis Aidil membuatkan hati Abang Nara sebak juga. Abang Nara faham betapa stressnya Aidil dengan kemelut yang tak sudah-sudah antara dirinya dan Rita.
Kemungkinan besar Aidil tampil menunjukkan segala bukti ini adalah kerana kenyataan Rita pada minggu lalu yang mendakwa dirinya tidak pernah meminta cerai daripada pemain bola sepak itu. Menurut Aidil, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata.
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment