Latest News

Jangan Bangkitkan Isu Yang Saya Terhegeh-hegeh Dengan Keluarga Mertua – Nora Danish

Abang Nara pelik juga kenapa sesetengah manusia nak cemburu dengan hubungan baik seseorang. Sepatutnya kita turut sama bergembira apabila melihat orang lain mempunyai hubungan kekeluargaan yang mesra. Tak kiralah dengan keluarga sendiri ke, bekas keluarga mertua ke. Kesian Abang Nara kepada Nora Danish yang tak habis-habis dihentam kerana masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas keluarga mertuanya. Pelik pun ada juga dengan manusia yang tak senang melihat kebahagiaan orang lain.
nora danish
Sepatutnya kita kena rasa terharu dan bangga kerana Nora serta bekas keluarga mertuanya masih mengekalkan hubungan baik walaupun Nora bukan lagi isteri kepada Jejai. Bukan senang nak buat macam itu. Lagipun kita kena faham yang Nora mempunyai seorang anak yang merupakan cucu kepada Raja Nora dan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Jadi tak pelik sekiranya hubungan mereka masih kekal baik sehingga ke hari ini. Kata Nora menerusi Kosmo:-
Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja, saya tidak kisah.
Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Mungkin dahulu kami mempunyai masalah tetapi hari ini, kami semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tolonglah jangan ganggu kebahagiaan kami semua
Hubungan Nora dengan Fasha juga sudah lama pulih. Memang tak ada masalah. Benda dah lama berlalu tetapi masih ramai lagi yang nak mengungkit. Malah Nora mengakui yang anaknya, Rayqal begitu menyayangi kedua-dua adik tirinya. Kata Nora lagi:-
Rayqal merapatkan hubungan kami semua. Walaupun hak penjagaan diberi kepada saya tetapi Rayqal akan tinggal secara bergilir di tiga buah rumah iaitu rumah saya, Jejai dan bekas keluarga mertua.
Jadi, kami selalu berhubung. Terbaharu, apabila Fasha melahirkan anak keduanya, Rayqal antara orang yang paling teruja. Walaupun dia agak manja tetapi dia langsung tidak cemburu sebaliknya cukup sayang dengan dua orang adik tirinya itu
nora danish
Seharusnya sebagai seora ng manusia normal, kita turut sama bergembira melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Nora Danish dan keluarganya. Tak perlu nak cemburu buta. Malah kita patut turut sama mendoakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga bila-bila. Kepada Nora, kekalkan hubungan baik anda dengan bekas keluarga mertua. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Tahniah kerana terus berusaha mengeratkan hubungan silaturahim walaupun sudah tidak bergelar isteri kepada Jejai. You have my respek!!!
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.