Marina Juki yang merupakan bekas pengurus kepada Zizan Razak telah pun memfailkan saman lebih daripada RM500,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu. Saman itu dikemukakan kerana Zizan telah menandatangai kontrak dengan syarikat lain sedangkan kontraknya dengan Wire Fame Entertainment hanya akan tamat pada 5 Mei 2015. Untuk makluman, Zizan dan Marina merupakan rakan kongsi untuk syarikat Wire Fame Entertainment.
Kemelut antara Zizan dan Marina telah pun berpanjangan sejak bulan Mei lalu. Antara kontroversi yang timbul ialah pembekuan wang syarikat oleh Zizan yang mendakwa Marina menyeleweng duit syarikat. Pada bulan Mei 2014, Zizan telah pun menandatangani kontrak bersama Astro yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Berkata kepada Harian Metro, Marina Juki memaklumkan jumlah saman yang dikemukakan ialah berdasarkan kerugian syarikat sejak Zizan berpindah ke syarikat baru.
Jumlah tuntutan itu berdasarkan kerugian pihak kami tanggung sejak Zizan melanggar kontraknya dan pergi ke pengurusan baru.Sejak saya buat pengumuman untuk teruskan tindakan undang-undang sekitar Jun lalu, memang pihak syarikat sudah mula mengumpulkan bukti sokongan.Akhirnya bulan lalu kita berjaya kumpulkan semua bukti kukuh dan saya menerusi peguam Tetuan Sarjit Handhu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu terhadap Zizan.Untuk selebihnya, saya minta maaf tak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan kes mahkamah.
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment