Latest News

Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan

Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.
Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.
romie liyana manan “Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat,” katanya.
Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.
Di luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.
romie liyana manan Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Rumah tangga pasangan  ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya. Sumber Sinar Harian.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.