Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Yuna menyanyikan lagu ‘Lelaki’ di AJL29 sudah terjawab. Sebelum ini antara nama-nama yang disebut ialah Fynn Jamal, Najwa Latif dan juga Elizabeth Tan. Sidang media untuk pengesahan bakal diadakan pada hari Ahad kelak, tetapi menurutportal Murai, Najwa Mahiaddin telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki.
Perkara ini telah disahkan oleh publicist Najwa Mahiaddin iaitu JoePRCINternational selepas pengumuman mengenai berita ini dikeluarkan di radio HotFM. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tetapi Najwa Mahiaddin mempunyai suara yang agak unik dan mereka berdua pernah bergabung menjayakan sebuah konsert. Baru-baru ini Najwa telah pun bertunang dengan Idris Koh, pemuzik yang sering mengiringnya.
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment