Latest News

Hairul Azreen Sudah Buktikan Dia Lelaki Sebenar & Ikhlas Pada Saya – Hanis Zalikha

Ramai yang membuat anggapan Hanis Zalikha terpaksa berkata ‘yes’ ketika dilamar oleh Hairul Azreen di konsert final Gegar Vaganza baru-baru ini. Iyerlah pada mulanya perkataan ‘yes’ tidak terkeluar sebaliknya lamaran tersebut dijawab dengan ‘Insya Allah thank you’. Kalau Abang Nara jadi Hanis Zalikha pun mesti gementar dan tak tahu nak cakap apa. Iyerlah, dilamar di depan ribuan penonton secara ‘live’. Pasti jantung berdegup lebih pantas daripada biasa.
hanis zalikha dan hairul azreen
Walaupun lamaran tersebut mendapat kecaman hebat di laman sosial, Hanis Zalikha melahirkan sokongan dan persetujuan dengan apa yang dilakukan oleh kekasihnya itu. Bagi Hanis, tindakan melamar di hadapan orang ramai oleh Hairul membuktikan keikhlasannya. Kata Hanis:-
Bila montaj dia berjumpa ibu bapa saya ditayangkan, saya sedar dia sudah melakukan perkara yang betul seperti yang diharapkan. Jadi apa orang lain nak cakap tak kisahlah. Saya dan keluarga sendiri tak ambil peduli mengenai kritikan orang asalkan kita tahu apa yang kita buat. Ibu bapa juga faham benda macam ini perkara biasa dalam bidang seni.
Sebagai perempuan saya tahu niat dan tujuannya untuk buat saya gembira. Dia sudah membuktikan dia lelaki sebenar dan ikhlas pada saya. Saya terharu kerana niat dia sampai, Alhamdulillah. Jadi apa pun orang lain nak kata, saya setuju dan sokong tindakannya.
hairul dan hanis
Kalau si penerima lamaran telah bersetuju dan menyokong apa yang dilakukan, siapalah kita ini untuk menyatakan yang tak patut kepada mereka kan? Yang penting, Hanis dan Hairul masing-masing gembira dengan apa yang dilakukan. Bukan senang untuk peluang melamar secara ‘live’ dapat dilakukan. Pasti ia akan menjadi kenangan terindah buat Hairul dan Hanis sehingga bila-bila. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.