Latest News

Kes Dadah: Zamani Slam Mengaku Tidak Bersalah

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang, Zamani Slam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan positif dadah dan pengedaran bahan haram itu pada minggu lalu. Pengakuan tersebut dilakukan selepas pertuduhan itu dibacakan dihapadan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Dakwaan tersebut turut melibatkan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani dan turut menafikan beliau mengambil dadah jenis Amphetamine hasil ujian air kencing pada jam 2.05 pagi Rabu minggu lalu sewaktu penangkapan dijalankan.
Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dan Nur Juliana didakwa bersama-sama dalam milikan mereka dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 Januari 2015.
Hakim telah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing dengan jumalh RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tanggal 10 Mac ini untuk sebutan kes.
Sebelum ini, Zamani Slam telah ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kami rasa ujian air kencing tidak dapat menipu sesiapa bukan? Jika anda ingin berubah sudah tiba masa untuk meneriman risiko daripada perbuatan anda. Jangan sampai nanti peminat mula tidak menyokong anda kembali. Ayuh sama-sama kita nantikan perkembangan kes Zamani Slam.
Sumber Berita & Foto: Harian Metro
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.