Latest News

Labur RM3 Juta Untuk AJL29, Dato Seri Dr Vida Tak Peduli Kritikan Orang Ramai

Wow. Memang besar jumlah wang ringgit yang dilaburkan oleh Dato Seri Dr Vida selaku pengasas produk Qu Puteh untuk mempromosikan produknya di AJL29 yang berlangsung baru-baru ini. RM3 juta bukanlah satu angka yang kecil. Memang wajarlah untuk Dato Vida mempromosikan produknya habis-habisan. RM3 juta tue. Bukan sikit. Kalau Abang Nara pun confirm nak manfaatkan sepenuhnya pelaburan yang dilakukan.
dato vida
Kata Dato Seri Dr. Vida:-
Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan. Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira 7 juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh.
Sedih melihat gambar saya dijadikan bahawa lawak, namun saya tidak ambil peduli. Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang.
Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya.
dato vida
Bukan mudah untuk kita melihat usahawan Melayu yang sanggup melaburkan duit sebanyak ini untuk promosi produknya. Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Dr Vida. Sememangnya Qu Puteh kini menjadi sebutan orang ramai. Memang berjaya teknik promosi yang dijalankan. Dato Vida juga akan terus menaja program hiburan di masa akan datang. Semoga semakin maju perniagaan beliau. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.