Latest News

Lagu Apa Khabar Joe Flizzow & Sonaone Juara AJL29, Serius Terkejut Yang Amat

Serius Abang Nara terkejut yang amat. Tak ada niat mahu memperlekehkan lagu Apa Khabar ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow & Sonaone, namun lagu tersebut memang tidak masuk di dalam senarai lagu yang Abang Nara anggap akan menang. Namun sudah pasti juri-juri professional lebih mengetahui mutu sesebuah lagu itu. Pendengar marhaen seperti Abang Nara ini kenalah terima keputusan mereka yang lebih mahir di dalam bidang nyanyian.
ajlBerikut ialah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29):-
1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.
ajlApapun selain daripada para pemenang malam ini, Abang Nara ingin melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada Edry KRU kerana membawa Caliph Buskers yang merupakan OKU cacat penglihatan untuk tampil beraksi di AJL29. Persembahan mereka memang amat memukau. Vokal power. Meremang bulu roma Abang Nara dibuatnya. Memang layak mendapat persembahan terbaik.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Apa pendapat anda mengenai keputusan dan persembahan AJL29 kali ini? Kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.