Latest News

Jackie Chan Dapat Gelaran Datuk Kerana Police Story 3

Penganugerahan gelaran Datuk kepada superstar Jackie Chan sempena Hari Wilayah baru-baru ini telah menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Ada yang mempertikaikan sumbangan pelakon ini kepada Malaysia. Ia adalah satu persoalan yang wajar. Malah Afdlin Shauki juga tampil mempersoalkan perkara yang sama. Kalau tak silap Abang Nara, ketika Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan Melaka pun ramai yang tidak berpuas hati.
jackie chan
Mahu menghilangkan kekeliruan orang ramai tentang penganugerahan ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor menjelaskan pemberian gelaran Datuk kepada Jackie Chan ini adalah kerana filem Police Story 3 yang dirakamkan di Malaysia pada tahun 1992. Selain itu status Jackie selaku seorang superstar juga turut sama melayakkan dirinya menerima anugerah tersebut. Tulis Ku Nan menerusi Twitternya.
jackie chanjackie chanjackie chan
Bagi Abang Nara, tak ada masalah nak bagi gelaran sebegini kepada Jackie Chan. Sekurang-kurangnya bila balik ke Hollywood dan Hong Kong, bolehlah beliau mempromosikan Malaysia. Abang Nara pasti akan ada kerjasama yang bakal dilakukan antara kerajaan Malaysia dan Jackie Chan seiiring dengan penganugerahan ini. Mana tahu akan ada penggambaran filem terbaru beliau di sini kelak. Sama-sama kita nantikan. Apa pun tahniah buat Datuk Jackie Chan.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.